Pengikut

Ahad, 26 Oktober 2008

KEMENANGANMU ADALAH KEGEMBIRAANKU

3 minggu sebelum pilihanraya aku memang sangat sibuk dan terpaksa melalui hari-hari yang meletihkan... Persediaan yang cukup perlu dibuat bagi memastikan calon pilihanku berjaya dalam pemilihan kali ini. Harapan yang tinggi telahku letakkan padanya. Mengharapkan yang terbaik semoga kepimpinan akan datang akan diterajui dengan lebih baik lagi. Hatiku sedikit lega kerana sahabat-sahabat turut sama membantu..Terima kasih semua atas bantuan, kerjasama dan komitmen dari kalian.. Ku dapati dirinya tidak tenang...kadang-kadang hilang fokus..takut dan gementar katanya..Seperti aku dulu perasaan itu beralih kepadanya. Malah ku rasakan dia lebih tertekan berbanding aku dulu..Ku katakan padanya...semangat perlu kuat...diri perlu ada keyakinan..untuk menjadi pemimpin perlu berani menghadapi segalanya...nyata...kurasakan belum cukup kuat dengan kata-kata itu...

Dia telahku anggap seperti adikku sendiri..manja...suka ketawa...dan kuat menangis apabila dimarahi..Kadang-kadang aku turut merasai apabila melihat dia dimarahi oleh sahabat-sahabatku..Dia mengadu padaku..kecewa pada sahabat-sahabatnya yang tidak membantu untuk berkempen...Namun, kukatakan padanya..tidak mengapa..aku dan sahabat-sahabatku akan membantu...malah kurasakan...apa yang penting adalah untuk memastikan dirinya berjaya dalam pemilihan tersebut...kerana itu aku sanggup bersusah payah untuknya...
Hari yang dinantikan..hari penentuan...23 Oktober..aku sempat bertemu dengannya di luar Dewan Canselor...letih dan lapar katanya...sabar ya adikku...semangatmu perlu kuat untuk hari terakhir...malam penentu kurasakan terlalu perlahan masa berjalan...ku lihat dirinya tidak tenteram...duduknya tidak tetap...aku juga begitu..takut,cemas dan bermacam-macam perasaan bercampur-baur...Namun, aku sedikit lega...dibeberapa meja pengiraan undi ternyata dia mendahului...Doaku moga-moga kejayaan dipihak dia...Tepat jam 2.30 pagi...keputusan bagi kerusi umum bakal diumumkan oleh TNC HEP...Prof Amran...Alhamdulillah...kejayaan akhirnya milik kami....MASTURAH BT MOHAMAD NADZARI...calon no 3 memperolehi undi paling tinggi sebanyak 4902...Tahniah dan syabas buatmu...Tangisan kita adalah kerana kejayaanmu...Semoga dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan sebaik-baiknya...

1 ulasan:

  1. wah tahniah buat mastura ya
    apa2hal selamat menjalani exam
    daripada
    www.komunitikkip.blogspot.com

    BalasPadam