Pengikut

Rabu, 29 Oktober 2008

mAJLiS RuMah tERbUka KKiP 2008

Semalam 28 Oktober dengan meriahnya telah diadakan Majlis Rumah Terbuka KKIP 2008 di Kolej Kediaman Indah Permai bertempat di Medan Selera dengan tema "Jalinan Ukhwah Tingkatkan Mahabbah". Program ini adalah anjuran bersama Unit Pengurusan Surau dengan kerjasama Eksah Kolej Kediaman Indah Permai dan Unit Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Sabah. Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan ALUMNI, Prof Amran sudi menghadirkan diri memeriahkan majlis dan seterusnya merasmikan program tersebut..Selain itu, majlis turut dihadiri oleh Pemangku Pengetua KKIP, Encik Zallkepli, felo-felo dan kakitangan HEP kolej, mantan-mantan JAKMAS dan MPP, JAKMAS dan MPP baru serta pelajar-pelajar dari Kolej Kediaman Indah Permai sendiri... Walaupun selepas perasmian tetiba jak hujan turun dengan lebatnya...majlis tetap berjalan dengan lancar..mana tidaknya...mc majlis malam tu kawan saya...Si Burhan..hujan pun tak kisah la...janji dapat makan free...Kepada semua yang datang semalam...saya mewakili warga KKIP mengucapkan terima kasih atas kesudian anda datang ke kolej kami.. Nie ada sedikit gambar yang sempat saya rakamkan untuk tatapan anda semua..

1 ulasan:

  1. thanks kak su for uploading my pic with u!haha...
    mastura comel n kak su..
    wahaha.....

    BalasPadam