Pengikut

Sabtu, 25 Oktober 2008

PILIHANRAYA KAMPUS

HARI PEMBUANGAN UNDI
Kaunter pembuangan undi telah dibuka bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang di Dewan Canselor. Melihat keadaan cuaca yang mulai mendung, saya memilih untuk menunaikan tanggungjawab pada sebelah paginya iaitu pada jam 11 pagi. Lagipun, saya perlu menghadiri kelas pada sebelah petangnya. Suasana di Dewan Canselor agak lengang dan saya dapat melihat beberapa orang calon yang berada di luar dewan. Sempat juga berjumpa sebentar dengan adik saya Masturah binti Mohamad Nadzari yang menjadi calon sebelum membuang undi. Bimbang dan letih katanya..Maklumlah selesai penamaan calon...terus sahaja berkempen...
Menjelang petang baru saya berkesempatan kembali ke Dewan Canselor...Menunggu jam 8.00 untuk pengiraan undi semua calon...memang sangat meletihkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan