Pengikut

Khamis, 18 Disember 2008

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA MENTERI BELIA & SUKAN MALAYSIA Pada 29 November 2008, Sekretariat Rakan Muda dan Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah dijemput untuk menghadiri Majlis Perasmian Pusat Siber Rakan Muda di Kompleks Rakan Muda (P) Negeri Sabah, Putatan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Seramai 23 orang mahasiswa dari UMS iaitu dari SRM dan MPP bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. Tepat jam 4.10 petang majlis bermula setelah tibanya Yang Berhormat Menteri dan tetamu-tetamu vip yang lain. Pada majlis tersebut juga Dato’ Sri Ismail Sabri turut menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM 5000.00 kepada Sekretariat Rakan Muda, UMS yang diwakili oleh presidennya sendiri iaitu Saudara Amirshah b. Idris. Selain itu, rombongan dari UMS juga turut mendapat cenderahati daripada pihak Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.

2 ulasan: