Pengikut

Khamis, 8 Januari 2009

BUATMU YANG TERSAYANG

Setiap saat berdetik, AKU RELAKAN...kerana seseorang yang aku sayangi AKU RELAKAN...kerana dirimu bagai permata AKU RELAKAN...kerana hanya satu kumiliki AKU RELAKAN...kerana tanpamu siapalah aku AKU RELAKAN...kerana itu adalah kewajipanku Sesungguhnya, AKU SANGGUP...biar terpaksa ponteng kuliah keranamu AKU SANGGUP...andai terpaksa tangguhkan pengajianku keranamu AKU SANGGUP...walau perlu bersengkang mata keranamu AKU SANGGUP...menitiskan airmataku keranamu AKU SANGGUP...menahan sakit sendiri keranamu Tapi aku, TAK RELA...melihat dirimu terlantar sebegitu TAK RELA...menatap wajahmu yang redup itu TAK RELA...memandang wayar-wayar ditubuhmu itu TAK RELA...memerhati jarum suntikan menyakitkanmu TAK RELA...semua ini terjadi terhadapmu Ketahuilah, AKU RINDU...mendengar suaramu memanggilku AKU RINDU...peluk cium darimu AKU RINDU...kebahagiaan kita semua di teratak sendiri AKU RINDU...kita sekeluarga berkumpul gembira AKU RINDU...semua itu yang hanya ada padamu Justeru, AKU DOAKAN...agar dirimu cepat sembuh AKU DOAKAN...agar dirimu kembali tersenyum AKU DOAKAN...agar dirimu tidak lagi berada dikatil ini AKU DOAKAN...agar dirimu tidak lagi disakiti AKU DOAKAN...inilah terakhir kali kita disini Kerana, AKU MASIH...memerlukan kasih sayang darimu AKU MASIH...memerlukan tunjuk ajar darimu AKU MASIH...belum membalas segala jasamu AKU MASIH...belum membalas segala pengorbananmu AKU MASIH...inginkan perhatian darimu Paling penting, AKU BELUM BERSEDIA...kehilanganmu kala ini..
Puisi ini ditujukan khas buat mak tersayang yang kini berada di wad Institut Jantung Negara (IJN) sejak 2 minggu yang lalu.. Didoakan semoga cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala. mia ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua kaum keluarga dan sahabat-sahabat yang datang melawat dan tak putus-putus menghantarkan sms bertanyakan khabar, memberikan kata-kata semangat dan dorongan buat mak dan terutamanya mia. Mohon maaf juga kepada sahabat-sahabat yang baru sahaja mengetahui tentang berita ini..Bukan niat membelakangkan kalian tapi sungguh, mia belum bersedia dan tak mahu susahkan kalian dengan situasi ini. Sememangnya kalau boleh mia tak mahu kalian tahu..tapi..akhirnya ada juga yang mendapat berita ini dari sahabat yang lain..Tak henti berdering telefon mia dengan nada panggilan dan sms dari sahabat-sahabat bertanya itu..ini..Setelah difikirkan..biarlah mia ceritakan disini sahaja..
Sungguh, 2 minggu nie adalah situasi yang paling sukar untuk dihadapi. Sangat sukar sebenarnya...Sepatutnya mak perlu jalani pemeriksaan di IJN pada 5 Disember..sehari sebelum bermulanya program yang mia ikuti iaitu Projek Mahasiswa UMS-UUM Berbakti..mia dah pun minta untuk pulang menemani mak dari pengarah program sebab pemeriksaan nie perlukan mak ditahan di wad IJN..Pastu tetiba abang mia bagitau pemeriksaan ditunda ke 17 Disember disebabkan doktor yang akan memeriksa mak ke luar negara atas urusan kerja..Jadi, mia teruskan program tersebut dan tak jadi balik sampai ada yang sangka mia balik sebab nak bertunang...Untuk pengetahuan kalian inilah sebabnya...Bagaimana boleh jadi camni???..Itulah pertanyaan yang kerap diajukan pada mia dan ahli keluarga yang lain..mia sendiri tak tau nak cerita macammana...Tetiba pagi selasa jam 5.30 pagi, mia dikejutkan dengan jeritan abah dari bilik air..Terkejut dan kelam kabut bangun dari katil...Lagi terkejut bila terpandang mak yang tidak sedarkan diri dalam bilik air dengan muka biru...mia sendiri tetiba rasa sesak nafas...tak tahu nak buat apa...dah la kami bertiga ja kat umah waktu itu..melihat abah bersusah payah mengangkat mak...mia bergegas mencari telefon dan paling penting inhaler...nyawa mia..nasib baik kebetulan sepupu yang tinggal kat sebelah umah tak bekerja waktu tu..urusan dihospital jadi lebih mudah sebab sepupu mia adalah kakitangan disana...mia tak dibenarkan masuk dalam bilik kecemasan...waktu ini...airmata dah tak tertahan lagi...Abah datang kemudiannya setelah solat subuh..Mia tinggalkan abah diluar ICU untuk tunaikan kewajipan itu...Hati mia tidak tenang sama sekali...dengan rasa sakit yang amat sangat...mia tahankan juga..Dalam jam 12 lebih, semua adik beradik dah berkumpul kat hospital...keadaan mak yang belum sedar membuatkan semua gelisah...ucu adik bongsu apatah lagi...esoknya atas nasihat doktor mak dipindahkan ke IJN...Hari nie..dah 2 minggu kami sekeluarga "berpindah" ke IJN. Inilah umah kedua kami...Dah seminggu mia ngan abah yang sepenuh masa temankan mak...abang-abang dah mula kerja..cuma waktu malam mereka akan berada di sini...ucu pun dah kembali menghadiri kelas setelah dipaksa semua orang...cuma mia, walau dipaksa tetap berdegil...Mujur penjelasan mia dapat diterima..mak perlukan mia sekarang...tak sanggup rasanya membenarkan orang lain mengelap badan mak, memberi makan minum...walau jururawat sekalipun yang sememangnya tugas mereka...Mia boleh lakukan sendiri...kerana itu kewajipan mia..3 hari lepas mia temankan abah makan tengahari..Walau masing-masing tak berselera...tapi dipaksa juga untuk mengalas perut kami..Abah tetiba ucapkan tima kasih sebab mia sanggup temankan abah disini..sanggup tangguhkan pengajian andai kesihatan mak masih tak memuaskan..Airmata mengalir lagi buat kesekian kalinya..Mia tak tau nak cakap apa..tak perlu berterima kasih kerana itu kewajipan mia...Sayangnya mia dan adik-beradik yang lain pada mak dan abah belum cukup untuk membalas pengorbanan dan jasa kalian berdua..Alhamdulillah, keadaan mak dah stabil sekarang..walau berat hati nak balik UMS..mia kuatkan semangat..mesti..
Kala artikel ini ditulis, mia berada di IJN bersama ahli keluarga yang lain. Tima kasih buat angah sebab pinjamkan laptop dan celcom broadband untuk mia..Jadi, dapat juga mia online setiap hari..Mohon kepada semua yang membaca artikel ini supaya mendoakan kesejahteraan mak mia..Buat semua yang membantu mendaftarkan kuliah, tutorial dan sebagainya di UMS...mia ucapkan bebanyak terima kasih..Maaf kerana terpaksa menyusahkan kalian..Jasa kalian amat bermakna..Insyaallah mia akan kembali menghadiri kuliah isnin nanti...Wassalam..

3 ulasan:

  1. Salam Akak...sy terharula..akak kuat semangat... saya doakan spy mak akak cepat sembuh...

    BalasPadam
  2. salam ziarah...
    sesungguhnya itu hanyalah dugaan Tuhan
    Tabahkan hati dan berdoalah
    Cton harap agar akak kuat...
    takpe menangis tu, rugi kalau tak menangis
    akak kena kuat ye
    Cton faham apa yang akak rasa sekarang nie

    BalasPadam