Pengikut

Isnin, 12 Januari 2009

KELiRU

Walau tak rela dan terpaksa...semalam mia gagahkan diri balik ke UMS...tak xcited pun nak balik sini sebenarnya...dalam jam 6 petang sampai kk...
Hari nie sibuk nak uruskan penangguhan pengajian...PA pulak tak ada...paling tak puas hati...abang-abang dan semua orang yang mia jumpak tak setuju ngan cadangan mia nak tangguhkan pengajian..sapa pun tak sokong..huhu..memang stress dan keliru sangat2 sekarang nie...abah sorang ja yang tak kisah apa pun keputusan ia...dah tu hampir sejam menunggu kat bilik mpp sebab nak jumpak adik kesayangan mia...dia lak busy ngan program...lagi tambah stress..semua orang rasa mia perlu habiskan sem nie...tak payah nak tangguhkan pengajian...tapi semua orang tak tahu mia tak semangat langsung nak habiskan sem nie...memang la sem nie pendek..kejap ja dah nak abis...tapi mia rasa dalam situasi sekarang...masa berlalu lambat sangat...tersangat...baru semalam sampai..hari nie mia dah rindu nak tengok wajah mak...rindu kat abah...dan semua yang berada di IJN...rindu yang teramat sangat...lagi satu mia sebenarnya tak nak jumpa kawan2 yang lain...bimbang tak dapat tahan airmata...sekarang nie mia dah jadi sensatif sangat..sejak mak masuk IJN nie...asyik nak menangis jak...Dah banyak kali mia cuba kuatkan diri...tapi rasanya mia belum mampu lagi...sebabnya situasi camni baru pertama kali terjadi dalam family mia...mia selalu minta orang lain kuatkan semangat, tabahkan diri bila hadapi masalah...tapi bila terjadi pada mia sendiri...sangat sukar rasanya nak terima...mungkin macam ni jugak yang orang lain rasa...sekarang perasaan tu turut dirasai mia...
Apa nak buat??? mia pun tak tau...jap lagi nak masuk kelas...bolehkah mia berhadapan ngan kawan2 semua??? mia sendiri tak pasti...Dalam kepala sekarang asyik pikir nak balik jak...apa2 pun mia cuba bertenang...cuba jugak..mia perlu tanya pendapat semua orang dulu...Harap2 semua urusan dipermudahkan...

4 ulasan:

  1. Akak...jangan macam tu. Akak kena kuat ye. Tabahkan hati tu. Cton tau akak kuat, sebab akak dah banyak kali lalui pelbagai dugaan kat sini. Anggap ianya adalah satu ujian dari Tuhan yang ingin menguji umat nya. Ok kak?

    BalasPadam
  2. salam...
    "maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (Surah Al-Insyirah : 5-6)
    tabahkan hati, kuatkan semangat...
    'Allah turunkan hujan bukannya nk susahkan kita tp Dia nk bagi kita ssuatu yg indah dan lebih baik, Dia terbitkan pelangi yg berwarna-warni'
    ada hikmah disebalik apa yg berlaku..banyakkan bersabar dan berdoa..

    Ya Allah sembuhkanlah penyakit mak sahabatku ini agar aku boleh melihat dia gembira dan ceria spt dahulu dan kau kuatkanlah semangatnya mghadapi ujianmu ini...amin

    BalasPadam
  3. su..
    ko jgn dengar sgt pandangan orang.hanya diri kita yang paham dan tahu keadaan yang sebenar.yakin pada diri.diorang senang ar cakap itu dan ini,sbb diorang tak alaminya sendiri.
    jgn sedih tetapkan pendirian ko.aku tetap sokong ko....
    takziah aku ucapkan untuk ur mom...

    BalasPadam
  4. Terima kasih buat semua..Sungguh..sokongan dan doa kalian amat bermakna...
    Harap semoga segalanya akan dipermudahkan...

    BalasPadam