Pengikut

Khamis, 21 Mei 2009

KASIH TERCIPTA= PERSAHABATAN +KEAKRABAN=RINDU

Kita bila dah rapat ngan seseorang akan terus berusaha untuk kekalkan hubungan tu....tak kira la sama ada sebagai guru, kawan, adik, abg, kakak @ seseorang yang istimewa pada kita....ini kita lihat pada perspektif @ penilaian kita terhadap individu tersebut...Kita sepatutnya bersyukur kerana masih memiliki insan2 yang sentiasa bersama kita...sanggup menghadapi susah senang, berkongsi kisah suka + duka, boleh bergelak ketawa + menangis bersama, menegur salah + silap kita secara jujur + terbuka....ayuh fikir sejenak.....masihkah kita miliki insan2 sebegini disamping kita???....Satu tanda tanya + persoalan yang akan bermain diminda kita....Siapa yang kita ada??? @ kita lebih senang hidup bersendirian tanpa dikelilingi oleh sesiapa??? kerana lebih banyak privasi...lebih bahagia hidup...Setujukah anda???...jawablah secara jujur...
Ini adalah pertanyaan yang ditujukan kepada Mia siang tadi oleh seorang teman yang Mia jumpa sewaktu pulang dari kerja....Lalu Mia berikan jawapan yang padat + ringkas serta mudah difahami iaitu "saya ingin sentiasa bersama2 orang2 yang banyak membangkitkan semangat + sentiasa memberikan dorongan kepada saya selama ini..kehidupan seseorang itu akan lebih bermakna sekiranya hari2 yang dilalui dikongsi bersama insan2 yang saya sayangi"...
Cukup sekadar jawapan tersebut yang ternyata membuatkan teman tersebut berpuas hati...Lalu Mia pulang ke rumah + masih terbawa2 persoalan tersebut...Setelah berfikir + memahami secara lebih mendalam Mia kongsikan sedikit lagi pertambahan dari jawapan tadi disini...
Apabila sesuatu hubungan yang terjalin antara sesama insan...akan timbul perasaan kasih dalam diri kita...kasih sebagai seorang ibubapa terhadap anak, kakak terhadap adik, kawan terhadap kawan @ sesama individu itu sendiri...maka akan wujud persahabatan, cinta dan sebagainya buat seseorang itu...dan seterusnya akan mewujudkan kemesraan + keakraban diantara mereka...namun masih terjaga oleh batas2 agama...Bagi Mia sendiri perhubungan banyak mengajar Mia tentang pelbagai perkara...+ pengalaman2 yang terhasil daripada perhubungan tersebut tidak mungkin akan berulang kembali...Biarpun pengalaman itu pahit @ manis....segalanya adalah amat bermakna + mengandungi hikmahnya yang tersendiri..Persahabatan dan ikatan yang terjalin banyak memberikan Mia kekuatan dalam menghadapi sesuatu perkara...apabila berada dalam keadaan sedih...mereka sentiasa bersama Mia...beri semangat....sokongan....+ kekuatan walaupun dari jauh....+ apabila menghadapi detik2 menggembirakan...mereka turut sama akan berkongsi kegembiraan tersebut disisi @ dengan mengucapkannya dari jauh....Semua ini amat bermakna kerana biar dalam apa jua keadaan Mia sentiasa memiliki insan2 yang sentiasa bersama dan berada di sebelah Mia walau dari jauh + tak ternampak di pandangan mata...Mia sangat menghargai insan2 ini kerana sudi menjadi payung + cahaya dalam meniti kehidupan Mia seharian.... Buat yang membaca post ini....berikan respon anda terhadap persoalan tersebut....

6 ulasan:

  1. 1. Siapa yang kita ada?
    2. Kita lebih senang hidup sendirian kerana lebih privacy.

    Bagi aku kadang-kadang aku memang sendirian. Bukan sebab aku senang untuk sendirian. Bukan juga kerana privacy. Tapi aku seorang yang terluka. Mungkin sebab aku selalu kehilangan orang yang aku sayang. Mungkin kekejaman dunia buat aku jadi suka bersendiri. Tapi bukan sendiri tidak berteman. Tapi aku selalu sendiri menyimpan perasaan. Privacy bukan persoalan. Menjadi persoalan bila aku tak mahu menyusahkan. Kita siapa untuk menyusahkan? Dari sini barulah kita menjawap persoalan siapa yang kita ada. Bagi aku, persoalan ni aku x dapat jawap. Sebab aku sentiasa kehilangan. Aku xtau aku ada siapa. Mungkin ada mungkin tiada. Tapi cara nak jwp soalan ni, kena tanya orang sekeliling. Masa kita sedih n susa akan ada org akan dtg bkata "Kau masih ada aku". Dia lah yang kita ada.

    Aku titipkan petikan puisi daripada seorang sahabat yang aku bawa ke mana sekalipun aku pergi. Aku simpan puisi ni dalam wallet. Supaya aku sentiasa ingat.

    IKHLAS DARI HATI
    KAU SEMUA BUKAN LAGI SAHABAT
    TAPI SAUDARAKU
    TEMAN KALA SEPI
    PENYULUH KALA GELITA
    BIAR KEMUDIAN NANTI
    KAU DAN AKU AKAN TERASING
    KEMBALI MENINGGALKAN AKU
    SENDIRI DALAM KELAM

    Aku tidak mengharap kalian akan terus mengingat aku. Sebab bagi aku kalian sudah cukup memberi aku gembira. Aku xsalahkan kalian melupakan aku. Sebab aku bukan siapa untuk diingat.

    BalasPadam
  2. pie....

    tima kasih banyak2 kerana menjadi kawan aku..huhu
    Bersendirian tak salah tapi bukan untuk selamanya..
    datang dan pergi kami dalam hidup ko adalah lumrah kehidupan..
    tapi kat hati masih sentiasa mengingati...

    walau kenal ko tak secara rapat tapi aku tak ko pentingkan kawan..
    ko sayangkan persahabatan...

    aku tak nafikan kadang2 dalam kehidupan kita perlukan privasi...tapi pie kadang2 kita perlu berteman...untuk hilangkan rasa gelisah + tekanan yang kita hadapi (ingat lagi tadi kita chat tentang siapa)...Aku kagum dengan dia..kuat + tabah + tak pernah tunjukkan rasa putus asa...kita kena jadi cam dia + perlu terus sokong dia sebab dia perlukan kita..walau aku bukan sapa2 pada ko...as friend saja...aku tetap harap kita terus berhubung dan masih lagi menjadi kawan...

    setiap pertemuan pasti ada perpisahan..

    ko kan suka nak buat aku nangis baca puisi ko...huhu

    thank

    BalasPadam
  3. aku ni x pandai sgt berkate2...ape aku boleh cakap adalah "aku sayang korang semua" dan setiap yang berlaku tu ade hikmahnya...walaupun sebesar zarah...

    Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr bin Al'ash r.a. berkata: "Seorang datang kepada Baginda s.a.w. dan berkata: "Ya Rasulullah, saya mempunyai keluarga yang saya hubungi tetapi mereka memutuskan hubungan kepadaku. Saya baik kepada mereka tetapi mereka zalim kepadaku dan saya tolong membantu mereka dan mereka berbuat jahat kepadaku, apakah boleh saya membalas perbuatan mereka dengan perbuatan yang sama?" Jawab Baginda s.a.w.: "Tidak, sebab jika kamu membalas mereka, maka sama dengan mereka, tetapi hendaknya engkau tetap mengambil cara yang lebih baik dan tetap menghubungi mereka, maka selalu engkau akan mendapat bantuan dari Allah s.w.t. selama engkau berbuat demikian."

    "selamat beramal renung-renungkan"

    RUJUKAN:

    http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/silaturrahim.htm

    BalasPadam
  4. aku ada ntahla...tak tau nak jawab camner...bak kata dalam komen azri tu cuba hubingi...tp dia pun tak hubungi gak...hahahahahahahahahahahahahhahuhuhuhuhuhuhuhuhuhhuhuuhu

    BalasPadam
  5. makin lama kita hidup ni, makin byk pengalaman kita miliki terutamanya berkenaan perhubungan sbb makin ramai manusia kita jumpa, semuanya berbeza 7 unik (paid to pjol)...

    so, bila dh byk kita lalui, byk la kita kena belajar...

    apa yg penting, bila berkawan tu layan la sebaiknya, kena hargai & jgn sekali2 sakitinya... sbb each human tu unik, sekali kita kehilangannya, kt xkan dpt lg yg sama...

    pasal nk hidup sendirian tu sbb nk privacy, itu terpulang pd individu... pape pon akhirnya kt tetap kena hidup ngan org gak, sbb xleh hudup kt dunia ni sorg2...

    BalasPadam