Salam Untuk Semua,
Program "Kacau Dodol Amal" akan diadakan seperti berikut:
Hari: Sabtu
Tarikh: 12 September
Jam: 10am – 6pm, dan sambung untuk Majlis Berbuka Puasa
Tempat: Pekarangan Sri Pentas
Acara ini adalah anjuran Media Prima Berhad, Yayasan Salam Malaysia dan Warisan Global. Sukarelawan SALAM dan personaliti Media Prima akan berganding bahu untuk menyediakan dodol pada hari tersebut, yang kemudiannya akan dijual untuk Tabung Bersamamu TV3 dan badan-badan kebajikan yang akan ditentukan oleh SALAM.
Sebanyak 10 kawah dodol akan disediakan untuk dikacau oleh sukarelawan dan para personaliti bersama-sama tetamu yang hadir. Lintas langsung akan diadakan pada tengahari untuk Buletin 1.30 dan rakaman dibuat sepnjang program untuk Buletin Utama, Nasi Lemak Kopi O dan media cetak lain. Selepas dodol disiapkan, semua sukarelawan, personaliti dan tetamu akan menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Media Prima.
Sila hubungi Masriah di talian 03-79584021 atau masriah@salam.org.my untuk pertanyaan dan penyertaan secepat mungkin.
-NAL-
Slamat kacau dodol dengan ikhlas... Moga dapat pahala berlipat ganda d bulan posa nie..wahaha
BalasPadamlal...meh la join sekali..
BalasPadamamboi..byknyer dodol..kacaw leklok shu..jgn smpy trcabut tgn..hahaa
BalasPadamwah glamer la korg nokk.. mak xleh nk join,, sedih mak,,nyah
BalasPadammok long: manyak tu dodol nak dkacau...meh ar join sekali
BalasPadamnadya: mak...manyak ar glamour...ni wat keja amal la seh...