Pengikut

Selasa, 8 September 2009

Pameran foto Harapan Untuk Gaza

ANGGOTA sukarelawan Yayasan Salam Malaysia bergambar bersama sebahagian koleksi 40 foto bertemakan Harapan Untuk Gaza di Lobi NSTP, di sini, semalam.
KUALA LUMPUR: Yayasan Salam Malaysia mulai semalam hingga 25 September ini mengadakan pameran 40 foto bertemakan Harapan Untuk Gaza di Lobi Balai Berita The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Bangsar, di sini. Eksekutif Projek (Pembangunan Latihan dan Sukarelawan) Yayasan Salam, Nal Azri Nawawi, berkata pameran itu mengetengahkan koleksi foto jurugambar profesional, Anuar Hashim yang sama-sama mengikuti misi bantuan kemanusiaan di Gaza awal tahun ini. Katanya, satu tabung khas disediakan bagi membolehkan orang ramai memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai dan dana itu akan disalurkan untuk program membantu pendidikan anak-anak Gaza.
“Semua gambar yang dipilih untuk dipamerkan ini diambil sepanjang pencerobohan Israel di Gaza oleh salah seorang jurugambar profesional kami iaitu Anuar. Foto ini pernah dipamerkan di Kementerian Luar, Parlimen Malaysia, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan London,” katanya. Nal Azri berkata, bagi menjayakan program pendidikan untuk anak-anak Gaza, sejumlah RM3.5 juta diperlukan untuk membantu golongan itu meneruskan pendidikan selepas menghadapi kesan teruk akibat peperangan.
(Sumber: Berita Harian, 2 September 2009)

1 ulasan:

  1. applause to my sis!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! yeayyy~!

    BalasPadam