Pengikut

Isnin, 19 Oktober 2009

BiNGKiSAN 3 TAHUN Di UMS

Bismillahhirrahmanirrahim..... Alhamdulillah dan syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH SWT kerana akhirnya pada tanggal 10 Oktober (sidang 2) Mia telah pun dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial dengan Kepujian dari Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial pada Majlis Konvokesyen Ke 11 Universiti Malaysia Sabah... Pertama2nya...sudah tentu reaksi gembira, puas dan rasa lega kerana telah mencapai 1 tahap yang Mia inginkan..namun harus diingat...semua itu adalah berkat doa, kesabaran, dorongan dan sokongan dari kedua ibubapa, keluarga, tenaga pengajar juga sahabat2 mahupun adik2 yang sentiasa berada disisi Mia selama ini..Bukan mudah untuk mencapai tahap seperti sekarang. Banyak perkara yang Mia pelajari sepanjang tempoh ini dalam banyak aspek..Moga2 kesemuanya dapat Mia gunakan dalam menjalani kehidupan pada masa akan datang..
Buat teman2...selamat menyambung master dan bekerja...Carilah pekerjaan yang halal walaupun imbuhannnya tidak seberapa..Bersyukur dengan apa yang kita peroleh sekarang kerana kelak akan lebih banyak yang akan kita perolehi...Ranjau di hadapan akan penuh dengan onak dan duri..maka kita harus bersedia menghadapinya...Entah bila kita akan bersua kembali..Kehidupan sekarang telah berubah...Hanya ukhwah pengikat persahabatan kita semua..
Perjuangan 3 tahun untuk ini sekali dalam hidupku mak dan abah yang menjadi sumber kekuatanku Sebahagian daripada coursemate Kegembiraan bersama T_T.....Kebahagiaan menanti Keluarga angkat yang turut sama hadir The 8 beradik yang sering bersamaku...we share everything..

Will also miss all of u so much...

Segalanya dah selesai...Masa untuk membina kerjaya dalam hidupku...

3 ulasan:

  1. suka tgk gambar konvo ko yang ceria2 tu..
    akhirnya dapat gak aku tgk gambar adik beradik 9 ko...mmg semuanya jenis ceria...hehe..

    selamat bekerja..
    Bila mau kawin sama En Taufik????hehe

    BalasPadam
  2. Aku mmg letak gambar yang ceria2 jak..hehe

    Kawin???? soklan cepumas tu...asal aku abis study jak mesti tanya bila mau kawin..tu kena tanya sama orang di pihak sana k..

    BalasPadam
  3. hahahaha... betul tuh.. bila la kakak i maw kawen?

    BalasPadam