Pengikut

Selasa, 22 Disember 2009

CerIta Baru

Salam buat semua... Rasa rindu untuk kembali mengerakkan jari-jemari ini menaip setiap huruf membentuk perkataan jua ayat..Benar kata pepatah “Hendak seribu daya, Tak hendak seribu dalih”...Masih mencari masa dan ketika yang sesuai untuk kembali memuntahkan cerita-cerita hidup seperti dulu-dulu...Itu alasan yang ‘semoleknya’ barangkali..Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya...Final exam, praktikal, konvokesyen dan terus kembali bekerja di tempat praktikal...Tidak ada ruang bahkan peluang untuk bersantai-santai di rumah seperti teman-teman yang masih menanti panggilan temuduga dan kerja...Mungkin sudah rezeki dan ketentuan yang telah tertulis, Mia segera menggalas tanggungjawab dan amanah yang telah sedia menanti...Kala terkenang waktu itu, rasa syukur Mia panjatkan kepada Allah...Mohon segala apa yang Mia lakukan akan sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaanNya. Perjuangan selama hampir 7 bulan telah dilalui sebagai seorang yang bekerja...Perasaan dan suasananya benar-benar tidak sama seperti ketika belajar dulu..Matlamat juga begitu...Tempoh masa ini telah membiasakan Mia dengan transformasi yang ketara..amat ketara sekali sebenarnya...Disember 2009 sudah berada dihujung akhirnya...Januari 2010 melambai menanti penuh dengan halangan, dugaan, ujian dan kisah baru yang akan menghiasi kisah kita semua. Mia sendiri belum pasti apakah yang bakal ditempuhi nanti..Namun, beberapa perkara masih belum tercapai untuk tahun ini..Akan segera dilaksanakan atau dibawa sahaja ke tahun hadapan...Pesanan Abah sentiasa diingati..”Kalau dah kata nak buat sesuatu perkara..harus dikerjakan jua”..Oleh itu, “MESTI diusahakan juga..tidak perlu berdalih memberi bermacam-macam alasan”..Ayuh Berjuang, Berjuang dan Terus Berjuang... *Selamat berjuang sahabat-sahabatku...semoga Allah berkatimu..

5 ulasan: