Pengikut

Khamis, 3 Disember 2009

Rindu...

Lumrah alam bila bercinta akan timbul perasaan rindu...Rindu juga boleh membuatkan seseorang bertindak agak keterlaluan sehingga membuatkan orang yang dirinduinya berasa tidak selesa. Fikirkan juga situasi yang dilaluinya. Dia mungkin sibuk, mungkin juga dalam keadaan tidak bersedia untuk menjawab panggilan anda, usahlah terus mendail dan mendail. Ini boleh membuatkan dirinya tension. Janganlah menghantar sms demi sms yang menggambarkan kerinduan anda, itu akan lebih mengganggu. Silapnya kita apabila terlalu rindu, kita tidak pernah fikirkan bagaimana keadaan orang yang dirindui itu. Kita meletakkan dirinya seperti kita. Jika dia seorang yang cemerlang...maka kadang2 dia akan sibuk bekerja @ sibuk pelajaran...Maka kita perlu beri kesempatan kepadanya untuk "tarik nafas". Panggilan yang bertalu2 hanya akan mendatangkan rasa tidak selesa.. Rindu itu asam garamnya dalam percintaan dan rencah pada masakan yang bernama cinta..Tanpa rindu, cinta memang tidak bermakna tetapi terlalu rindu akan mendatangkan kesan yang tidak baik..Tatkala anda terlalu rindu, anda akan berfikir secara tidak rasional...Maka kawallah diri anda jangan sampai teramat rindu. Bukan tidak boleh tetapi bataskan perasaan begini dengan membayangkan bagaimana orang2 dahulu terpaksa berpisah bertahun2 lamanya tanpa sebarang khabar serta alat komunikasi yang dapat menyampaikan perasaan mereka dikala berjauhan???? Kemudahan yang ada pada masa sekarang membuatkan sikap kita terlalu berlebihan..Bila kita telefon, kita mula mereka bermacam2 prasangka tatkala orang yang dihubungi tidak menyambut panggilan. Kita juga akan memikirkan bermcm2 perkara apabila sms tidak berjawab selama beberapa jam..Kemudahan komunikasi menjadikan kita semakin tidak sedar pentingnya memahami psikologi dan bahasa isyarat manusia. Tatkala orang tidak mengangkat panggilan anda, ketahuilah hambatan2 waktu yang mungkin sedang dialaminya..Ketika dia tidak segera membalas sms anda, ketahuilah ada perkara lain yang memerlukan tumpuannya...Pokoknya...cubalah fahami...Rindu tidak salah cuma jangan terlalu rindu kerana akan mendatangkan kesan baik pada diri sendiri serta orang yang dirindui..
(Petikan daripada: Dr HM Tuah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan