Pengikut

Ahad, 3 Januari 2010

Iniku pegang tangan itu

Suatu hari Ketika hening pagi Tiba2 ternampak kelibatnya Belum pernah ku lihat budak itu Ya, amat pasti... Itu budak baru... Baru di lorong yang penuh bahaya padaku.. Aku hampiri...menghulur salam perkenalan Budak itu hanya memandang kosong Seakan tiada perasaan...kosong.. Aku berikan senyuman Tanda ingin berkenalan.. Sedikit kaget.. Kerana budak itu dengan pantas Memegang tanganku... Berdebar pula...bimbang sesuatu bakal berlaku.. Budak itu masih memegang erat tanganku.. Kemas + erat..membuatkan aku kelu Tiba2 budak itu bersuara "boleh saya pegang tangan akak sekejap, akak jangan takut, saya x buat apa2, hanya mahu pegang tangan akak sebab saya rindu nak pegang tangan ibu...dapat pegang tangan akak pun jadi la".. Perasaan sebak menyerang saya Airmata ini harus ditahan Saya hanya membalas dengan berkata "Peganglah seberapa lama yg adik mahu" Lantas saya memeluknya ke sisi Memberinya sedikit wang saku Kembali berjalan di lorong itu... Sambil menitiskan airmata yang tertahan... Lantas teringat ibu dan ayah di kampung Aku juga benar2 rindu untuk memegang tangan mereka.. * Ini kisah benar...Hanya mampu berdoa supaya adik itu berada dalam keadaan selamat... Hargailah apa yang kita miliki sekarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan