Pengikut

Selasa, 3 Mei 2011

i Like BOOK


                                Geng melepak: Adi, Abg Syed & Mia
Ini hasilnya bila Mia luangkan masa 3 hari di Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC last week..Nie kira x banyak la...kalo Mia dapat pegi last 2 day tu..mesti bertambah lagi selonggok..x pe2..habiskan duit untuk beli buku..ilmu pengetahuan pun bertambah..jadi tak dikira membazir kan...Tima kasih Abg Syed, Don'z, Anggahnyak & Adik Adiputra sebab sudi jadi peneman melepak kat PWTC tu. x da la boring sorang2 sangat..

Sekarang Mia dah mula baca pertama yang dibeli bertajuk "Berbunga Cinta Aisyah di hati Rasulullah"..Allahuakbar..memang best sangat isi kandungannya...Rugi kalau tak baca..Sapa2 nak pinjam leh bagitau ya...

Ada sorang kawan cakap kat Mia..'banyaknyer ang beli buku'..'nak simpan kat mana la..ada tempat lagi ka kat umah ang tu'..hehehehe..Tersipu2 Mia senyum..Mia jawab 'ala, letak dalam storage box..kalo x muat beli lagi storage box tu'..heeeeeeee..Baik punya jawapan kan...Kat umah sekarang dah ada 4 storage box penuh segala macam jenis buku-buku..Alhamdulillah..ini memang kesukaan Mia..Lagipun Mia memang dah pasang impian nak buat mini library kat umah sendiri..(ntah bila la tu)..Kalau awak baca blog nie..mesti awak gelak kat Mia..sebab asyik-asyik Mia cakap nak buat mini library kat umah. Nak letak rak buku. Jadi, 1 bilik kat umah kita mesti la jadi perpustakaan ya..

*mood happy bila nampak buku...sapa nak kasi hadiah kat Mia beli buku ja..sure tersenyum simpul..

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum

    Saya Zamri Mohamad, terima kasih kerana sudi membaca buku Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah. Berkat sokongan dan doa mohon agar saya terus sihat dan cergas dalam usaha memberi penulisan yang terbaik di dua dunia. Amin

    BalasPadam