Pengikut

Rabu, 13 Julai 2011

"TER" BERSIH






Ini kisah 3 hari lalu...Heboh satu Malaya isu Perhimpunan BERSIH 2.0..Mia pun dah baca & faham apa yg nak di usulkan BERSIH...Tapi tak de la sampai nak join terlibat sama...Maklumla...Mia ini seorang perempuan..kudrat tak seberapa jika nak dibandingkan dengan kaum Adam...

Apapun hari tersebut Mia tetap melangkah keluar rumah untuk ke opis sebab ada TOT Bengkel Pemantapan Bahasa Malaysia SJK (T) Rawang keesokan harinya..Niat dihati untuk keluar selepas solat zohor diteruskan memandangkan KL Sentral tidak termasuk dalam senarai “lokasi panas” perhimpunan..Terpaksa menaiki ERL memandangkan perkhidmatan Bas Rapid tidak beroperasi pada hari tersebut..Abg driver cakap “jalan p KL semua tutup dik”..Dasyat sungguh penangan BERSIH ini hinggakan di Putrajaya Sentral juga ada 3 kereta polis dengan anggaran 10 orang anggotanya…Masa tu Mia dah mula rasa bimbang..sebabnya time Mia kuar tu hampir jam 2 petang…Kan ke time2 gitu perhimpunan akan diadakan…Dalam hati “moga2 perjalananku lancar”.

Around 20 minit sampai sudah di KL Sentral..Perasaan cuak, takut + menggeletar dah start sebab kuar2 jak terus ternampak DS Anwar Ibrahim ngan seorg lelaki yg berdarah bajunya…(bila baca kat Malaysiakini rupanya lelaki tersebut pengawal peribadinya)..huhu..terus rasa nak nanges...terus cakap dalam hati “abis la..aku dah terjebak sekali nih”..Then nampak plak anak2 perempuan DS Anwar…(sungguh kagum ngan semangat diorg yg sentiasa menyokong bapa)…dah tu nampak plak Tuan Guru Hadi Awang..diorang semua nie dikelilingi FRU..yang nak ditangkap tu ada la dalam 5-6 orang kot..tp polis yang ikut tu..ramai sungguh..pastu terus cari tepon..Menggeletar tangan nak cari no tepon Alang…pastu tepon plak Bro jL yang sedari awal pagi semangat untuk BERSIH tetapi dihalang plak..nie nak kabor kat Bro jL..Cik Su yang tak semangat sangat plak akhirnya jumpak pemimpin2 BERSIH..This is my first time..berhadapan ngan keadaan + situasi camni..selalu tengok kat tv jak..Tp, akhirnya tengok depan mata..

Pastu ngan agak beraninya..pegi tengok kat site kiri..sebab pelik tengok orang2 yang naik ke KL Sentral basah kuyup..rupa2nya ada adegan sembur air + main baling2 gas pemedih mata..Mia terus berjalan then terus duduk kat depan kedai Digi..masa tu beg pun dah simpan..kedai2 semua tutup kecuali MC Donald, KFC, Food Court + beberapa lg..Dah la panas giler dalam tu..Menurut sumber pihak pengurusan tutup aircond/ perkhidmatan tren kena stop..”KL Sentral dah dikepung oleh anggota polis & FRU”...Mula tu nak gak naik atas tengok apa jadi ngan pemimpin2 tadi sebab asyik dengar orang ramai bertakbir “Allahuakbar”..Tapi, hasrat dibatalkan memandangkan ramai sangat polis berkawal..takut gak nanti tak pasal2 naik trak polis..still duduk kat depan kedai Digi..dalam 15 minit tetiba sekumpulan polis berlari turun dari atas..ramai kot..siap yang sorang tu guna healer..Dia cakap “tangkap sapa saja yang terlibat..Kita kenai muka2 diorang nie”..Huru hara orang ramai berlari..mana tak…ramai yang dok berkumpul kat tengah2 KL Sentral tu...dah la yang dok tangkap tu SB..diorang nie pakai baju biasa jak dok celah orang ramai..cam nak nanges tengok makcik2 kena tangkap..Tapi, Mia respect sangat pada sorang akak nie..berani sungguh dia tinggikan suara kat polis..Mia ingat lagi ayat dia kat anggota polis “ Nak tangkap..tangkap la…ingat aku takut…yang korang semua nie takut sangat kat warna kuning..apahal???”…pastu semua orang tepuk tangan kat akak tu..Mia pun join tepuk jugak..kagum ngan akak tu..Mia sempat snap gambar dia..

Keadaan kembali tenang around jam 3 lebih…masa tu Mia dah berani naik ke atas..tapi polis still ramai…kat luar pun still ada trak polis...Dah start tension sebab tren masih tak beroperasi…dah la panas jangan cakap la..pihak pengurusan plak asyik bagitau “Pengurus kami tak bagi arahan lagi”…”Pengurus kami tak angkat telepon”..panas hati dah nie…Dah la jalan keluar masuk sekitar KL Sentral tu di tutup..memang terperangkap kat situ la semua orang..Around jam 5.40 petang perkhidmatan tren kembali beroperasi..Itupun setelah orang ramai dah mula nak merusuh..bukan sebab BERSIH tapi sebab lama sangat menunggu..

Sampai LRT Taman Jaya ingatkan dah ok…Sekali kat situ pun ada polis jugak..ramai kot..Sorang polis cakap “hari nie bas ngan teksi tak da..jalan sekitar nie tutup”…Aik, abis Mia nak pegi opis camna???? Pastu polis tu sambung lagi “adik nak p mana??? kena jalan kaki…sebab kenderaan lain pun tak boleh masuk kawasan nie”…Bikin panas hati Mia..”jalan kaki”..dah la barang banyak macam nak pindah rumah..berat oooiiii…terhegah2 jalan kaki pegi opis sambil dalam hati marah2..(kurang pahala hari tu..sebab asyik marah jak)..Bayangkan jalan kaki nak ke opis dari LRT Taman Jaya tu Mia terpaksa lalu 4 sekatan polis..setiap kali lalu mesti kena tanya..soalan sama jak..”adik nak p mana”..apakah gaya Mia macam nak p perhimpunan BERSIH..atau sebab kamera DSLR tergantung dileher…Tapi paling buat Mia hangin bila lalu sekatan last sekali..ingatkan nak tolong hantar pegi opis..sebab gaya Mia dah cam orang balik sawah..berpeluh2 bagai..boleh polis tu tanya:

Polis: adik nak p mana?
Mia: opis (dlm hati..tu soalan standard ka?? 3 kali dah kena tanya)
Polis: napa jalan kaki?
Mia: hah!!!! Bukan ka polis tutup semua jalan??? Saya nak suruh kawan amik pun tak  boleh..Bodoh punya soalan
Polis: amboi adik..cakap elok2 sikit
Mia: terus blah..(dlm hati..aku dah la penat..tanya soalan yg hang ada jwpn..mmg cari nahas la…free2 aku dapat dosa marah kau)

Sampai opis..tengok jam 6.30 petang…Ini pengalaman yang Mia akan ingat sampai bila2.

Teringat kata-kata seorang pakcik sewaktu berbual dengan beliau di KL Sentral sementara menunggu tren beroperasi..”Hak kita…Kebebasan kita untuk bersuara ditentang secara jelas oleh Najib”…(Betul2 menusuk ke hati)


    4 gambar yang Mia sempat snap di KL Sentral
   
   


                                                 Orang kuat BERSIH 2.0

                                 Marina Mahathir juga turut serta bersama BERSIH 2.0

**Terdapat beberapa story lagi yg Mia tak dapat kongsikan..cukuplah sekadar yang ada ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan