Pengikut

Selasa, 2 Ogos 2011

Kagum




Mia sangat mengagumi mereka..."Tittle" yang mereka bawa sebagai selebriti tidak bermakna mereka tidak berupaya berbicara soal agama..Tahniah Wardina Safiyyah & Sham Kamikaze..Moga penghijrahan yang kalian berdua perjuangkan akan diberkati Allah dan menjadi ikutan rakan-rakan artis yang lain. Syabas juga Ustaz Saifulislam yang turut serta dalam program kali ini setelah menolak tawaran jemputan tahun lepas atas tuntutan komitmen di tempat lain..Mia sememangnya gemar dengan hasil-hasil tulisan beliau. Antaranya buku Aku Terima Nikahnya..Begitu juga kewibawaan Ustaz Azri atau lebih dikenali sebagai Ustaz MAZA, bekas Mufti Perlis..Tidak perlu diperkenalkan lagi..Beliau dikatakan seorang yang mengamalkan Wahabi. Teringat kata-kata seorang teman pada Mia yang amat meminati karya & tulisan Dr Faisal Tehrani..Dek kerana terlalu "taksud" dengan hasil tulisannya Mia dikatakan pengikut ajaran Syiah..(sabar jak la..begitu sekali penilaian orang ya)..tetiba pula nak menyebut nama penulis hebat ini..Walhal beliau tidak terbabit dalam bicara ini..(maybe rindu nak baca hasil tulisan beliau..merajuk mungkin Dr Faisal kerana tohmahan2 tersebut hingga ditutup blognya)..

Tetapi yang paling penting..bicara ini tidak akan dapat dijayakan tanpa kehadiran moderator hebat Saudara Amin Idris..Beliau sememangnya calon moderator yang paling sesuai. Pertama kali Mia bersua muka dengannya sewaktu mengikuti Kursus Tamrin: Mukmin Profesional bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi bulan lepas..Bekas mahasiswa UIA ini sangat petah berbicara..ok..Sila layankan..Ini rentetan daripada program Bicara Selebriti...Just nak share ngan pembaca

                                           Bicara selebriti I

                                           Bicara Selebriti II

                                           Bicara Selebriti III






*Boleh rujuk blog Ustaz Saiful islam untuk ulasan lanjut: http://saifulislam.com/


1 ulasan: