Pengikut

Selasa, 30 Disember 2008

SAMBUTAN MA'AL HIJRAH
Hari ini sehari suntuk mengikuti program sambutan Ma'al Hijrah yang diadakan di masjid kariah..Majlis bermula seusai solat asar dengan bacaan yasin dan doa akhir tahun yang dipimpin oleh abah serta bacaan doa awal tahun seusai azan maghrib..dan solat maghrib berjemaah...Seterusnya ceramah mengenai sejarah penghijrahan Rasulullah dan para sahabat oleh penceramah jemputan iaitu SS Dato' Dr. Hj. Harussani Zakaria, Mufti Negeri Perak yang juga penerima Tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan pada tahun ini..Setiap kali mendengar kisah tersebut walau saban tahun akan diulang cerita, mia rasakan diri ini terlalu kerdil disisi Pencipta..Terfikir seketika..adakah sudah cukup amalan yang dilakukan sepanjang bernafas di bumi ciptaan Allah SWT...Namun mia bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan dan dikecapi selama ini..Malah kadangkala bersikap tamak untuk memiliki sesuatu...sikap yang harus mia ketepikan...
Sempena tahun Hijrah yang baru ini, mia berharap agar diri ini akan berusaha dengan lebih gigih lagi dalam meningkatkan ilmu pengetahuan..Mia juga berharap agar mak, abah, kaum keluarga dan sahabat-sahabat berada dalam kesejahteraan Allah...Semoga Muharam yang tiba akan membawa lembaran baru dalam hidup kita semua..Insyaallah..
Teringat lagu nasyid yang sering dialunkan sewaktu sambutan Ma'al Hijrah ketika sekolah dahulu....
Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun islam hijrah
Perpindahan nabi dan umat islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar islam
Untuk sepanjang zaman

2 ulasan:

  1. Hijrah itu pengorbanan!!!ehehe...smoga kita lebih banyak bekorban demi kejayaan kita & Islam...insyaallah...

    BalasPadam
  2. Hijrah dalam bahasa arab maksudnya berpindah. Salah satu maksud yang tersirat yang biasa diguna pakai disebalik perpindahan adalah perubahan akhlak. Dari perbuatan atau akhlak yang difikirkan buruk kepada baik.Dan yang baik kepada lebih baik..
    InsyaAllah, kita mampu berubah dan boleh berubah kearah yang lebih baik. itu hendaknya...
    TQ slalu masuk blog ku...
    SALAM MAAL HIJRAH 1430H...

    BalasPadam