Pengikut

Khamis, 18 Disember 2008

SYABAS & TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM PROGRAM RAKAN MUDA WAWASAN DESA, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Salam rakan muda… Terlebih dahulu saya mewakili Sekretariat Rakan Muda mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang terlibat dalam menjayakan Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT baru-baru ini…Terima kasih atas segala kerjasama dan komitmen yang telah diberikan oleh anda semua… Program Rakan Muda Wawasan Desa ini adalah anjuran Sekretariat Rakan Muda, Universiti Malaysia Sabah dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah. Program ini diadakan serentak iaitu pada 24 – 27 November dimana melibatkan 7 buah kampung iaitu Kampung Weston, Beaufort (39 orang), Kampung Brunei, Membakut (39 orang), Kampung Pimping, Membakut (34 orang), Kampung Bangsal, Sipitang (40 orang), Kampung Pasir, Sipitang (37 orang), Kampung Terongkongan, Kudat (39 orang) dan Kampung Minawo, Keningau (41 orang). Jumlah keseluruhan peserta yang mengikuti program ini adalah seramai 269 orang. Semoga bertemu lagi dalam program ini pada tahun hadapan... Yakin Boleh! Gemilang...

2 ulasan:

  1. shu....jgn lupa shu dah final ni....sem baru ni jagn aktif sgt kokum tu..shu kena belasah akademik....redeem habis2 tau....jgn lupo tu ...hehe

    BalasPadam
  2. Insyaallah mat noor...nasihatmu akan sentiasa menjadi peringatan..thank

    BalasPadam