MY OLE-OLE
Yayasan Salam Malaysia (SALAM) merupakan sebuah badan bukan kerajaan dan tidak berunsurkan keuntungan, mempromosi semangat kesukarelaan serta menyediakan peluang bersukarela untuk masyarakat di dalam dan luar negara.
MY OLE-OLE adalah satu program hasil inisiatif sukarelawan SALAM untuk mengumpulkan makanan kering (tahan lama) untuk diedarkan kepada komuniti terpinggir sempena sambutan perayaan utama di Malaysia.
Siapa Komuniti Terpinggir?
· Golongan Fakir dan Miskin
· Keluarga penagih dadah dan pengidap HIV positif yang menerima kesan negatif
· Komuniti orang asli
Apa yang boleh anda sumbangkan:
· Beras
· Mi hoon
· Biskut
· Garam
· Gula
· Makanan dalam tin seperti sardin dan kacang panggang
· Mi segera
· Milo
· Minuman kotak/tin
· Minyak masak
· Serbuk Teh/Kopi
· Sirap/Jus
· Tepung
· Lain-lain makanan kering (tahan lama) yang bersesuaian
*Sila pastikan setiap barangan tidak melebihi tarikh luput
Untuk sumbangan kewangan, sila kemukakan cek, bank draf dan lain-lain dengan merujuk butiran berikut:
Nama Pemegang Akaun : Yayasan Salam Malaysia
No. Akaun : 3072879302
Nama Bank : Public Bank Berhad
Tujuan : Tajaan Program My Ole-Ole
Untuk makluman, sumbangan berbentuk wang ringgit adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan. Sumbangan pihak Datuk/Datin/Tuan/Puan amat besar maknanya dalam memastikan kejayaan program ini dan seterusnya memberi manfaat kepada golongan tersebut. Tarikh tutup untuk MY OLE-OLE bagi setiap musim perayaan adalah seperti berikut:
Tahun Baru Cina - 4 Februari 2010
Hari Raya Puasa - 2 September 2010
Deepavali - 28 Oktober 2010
Krismas - 16 Disember 2010
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi
Alisah (012-2666571)/ Mona (013-6363290)/ Helmi (013-6517034) atau kakitangan SALAM, Shuhada (03-79584021). Sumbangan Datuk/Datin/Tuan/Puan amat kami hargai..Terima kasih.
shu..nak almt blog email..coz nak wat private blog..just insan terpilih jer..hehe..anta kat sue_546@yahoo.com ..ekkk
BalasPadam