Pengikut

Rabu, 13 Januari 2010

MY OLE-OLE menceriakan hidupmu

MY OLE-OLE Yayasan Salam Malaysia (SALAM) merupakan sebuah badan bukan kerajaan dan tidak berunsurkan keuntungan, mempromosi semangat kesukarelaan serta menyediakan peluang bersukarela untuk masyarakat di dalam dan luar negara. MY OLE-OLE adalah satu program hasil inisiatif sukarelawan SALAM untuk mengumpulkan makanan kering (tahan lama) untuk diedarkan kepada komuniti terpinggir sempena sambutan perayaan utama di Malaysia. Siapa Komuniti Terpinggir? · Golongan Fakir dan Miskin · Keluarga penagih dadah dan pengidap HIV positif yang menerima kesan negatif · Komuniti orang asli Apa yang boleh anda sumbangkan: · Beras · Mi hoon · Biskut · Garam · Gula · Makanan dalam tin seperti sardin dan kacang panggang · Mi segera · Milo · Minuman kotak/tin · Minyak masak · Serbuk Teh/Kopi · Sirap/Jus · Tepung · Lain-lain makanan kering (tahan lama) yang bersesuaian *Sila pastikan setiap barangan tidak melebihi tarikh luput Untuk sumbangan kewangan, sila kemukakan cek, bank draf dan lain-lain dengan merujuk butiran berikut: Nama Pemegang Akaun : Yayasan Salam Malaysia No. Akaun : 3072879302 Nama Bank : Public Bank Berhad Tujuan : Tajaan Program My Ole-Ole Untuk makluman, sumbangan berbentuk wang ringgit adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan. Sumbangan pihak Datuk/Datin/Tuan/Puan amat besar maknanya dalam memastikan kejayaan program ini dan seterusnya memberi manfaat kepada golongan tersebut. Tarikh tutup untuk MY OLE-OLE bagi setiap musim perayaan adalah seperti berikut: Tahun Baru Cina - 4 Februari 2010 Hari Raya Puasa - 2 September 2010 Deepavali - 28 Oktober 2010 Krismas - 16 Disember 2010 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi
Alisah (012-2666571)/ Mona (013-6363290)/ Helmi (013-6517034) atau kakitangan SALAM, Shuhada (03-79584021). Sumbangan Datuk/Datin/Tuan/Puan amat kami hargai..Terima kasih.

1 ulasan:

  1. shu..nak almt blog email..coz nak wat private blog..just insan terpilih jer..hehe..anta kat sue_546@yahoo.com ..ekkk

    BalasPadam